ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, May 10, 2011

Pesta Ragbi 10 Sebelah MRSM seMalaysia

Pertandingan tersebut telah diadakan di MRSM Terendak dari 5 hingga 8 Mei 2011. Dengan diiringi oleh Pak Syed dan Ustaz Azraii, team ragbi MRSM Langkawi yang dikenali sebagai "Hawk Eyes" majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam pertandingan tersebut. Walaupun tewas dalam perlawanan pertama kepada MRSM Lenggong namun mereka membuktikan MRSM Langkawi bukan pasukan belasahan apabila menang dalam 2 perlawanan kumpulan seterusnya kepada MRSM Felda dan juga MRSM Besut.

Dalam perlawanan penentuan Kategori Bowl / Shield, MRSM Kota Putra telah ditunjukkan jalan keluar dengan kemenangan 15 - 0. Ini membolehkan MRSM Langkawi bertanding di dalam kategori Bowl dan memulakan dengan langkah kanan apabila menang peringkat Suku Akhir dengan MRSM PDRM. Namun nasib tidak menyebelahi anak-anak didik Pak Syed apabila tewas dalam perlawanan yang sengit pada peringkat separuh akhir kepada MRSM Tawau dengan keputusan 5-8.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang membuktikan MRSM Langkawi bukan saja cemerlang dalam akademik, namun turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam aktiviti kokurikulum.

Team Hawk Eyes  - Abdullah Afifi, Mohd Hanif, Mohd Aidid, Mohd Hazir, Syarizal, Khairul Anwar, Khairul 'Aqil,  Mohd Hazmin, Mohd Aiman, Mohd Nur Husaini, Amir Faisal, Mohd Zharif, Amir 'Izzat, Amirul Hakim, Ahmad Redza, Mohd Mujiib
See you next time! Do read the older posts and follow!

1 comment: