ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Monday, May 2, 2011

Pertandingan Catur MSSD Langkawi 2011

Pertandingan tersebut telah diadakan pada 24 April 2011 bertempat di Dewan Gunung Mat Chincang, Sekolah Menengah Teknik Langkawi. MRSM Langkawi telah menghantar 16 orang peserta terdiri dari 8 orang bagi peringkat Menengah Rendah (bawah 15) dan selebihnya dalam peringkat Menengah Atas (bawah 18). Cikgu Norzamila telah mengiringi pelajar di dalam pertandingan ini. keputusan yang dicapai amat memberangsangkan kerana 2 orang peserta lelaki berjaya mewakili Langkawi dalam pertandingan peringkat negeri pada 29 dan 30 April di tempat yang sama.
  

Berikut merupakan keputusan pertandingan peringkat MSSD

Bawah 15 :
1. Syahirul Fahmie Shamsudin - tempat ke-2 (mewakili Langkawi ke MSSK)

Bawah 18:
1. Muhammad Nabil Ismail - tempat ke-3 (mewakili Langkawi ke MSSK)  
2. Nurul Shifaa Zaini - 9
3. Nurul Fadzhilah Mohd Ali - 10
4. Norfaizah Shukor - 11
5. Maamira Liyana Mior Ishamuddin - 15

Tahniah kepada semua pemenang!
See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment