ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Thursday, June 28, 2012

Kejohanan Olahraga MRSM Peringkat Kebangsaan kali ke-5, 2012

Untuk julung-julung kalinya MRSM Langkawi akan menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Olahraga MRSM Peringkat Kebangsaan kali ke-5, 2012. Kejohanan akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari dari 29 Jun hingga 1 Julai 2012. Penyertaan dari semua MRSM dibahagikan kepada 4 Zon iaitu Utara, Selatan, Barat dan Timur. Kontingen dari MRSM Tawau merupakan kontingen pertama yang sampai (27 Jun) dan merupakan sebahagian dari Kontingen Zon Barat, 

Seramai hampir 500 atlet MRSM akan berkampung di MRSM Langkawi sepanjang tempoh tersebut untuk menyertai acara padang dan balapan yang dipertandingkan. Kejohanan akan berlangsung di Stadium Kompleks Sukan LADA Langkawi. Kepada semua atlet, diharap akan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan disamping berusaha memecahkan rekod setiap acara yang disertai. Zon Utara akan mempertaruhkan 113 orang atlet dan 15 darinya adalah dari MRSM Langkawi. 

Dengan motto 'Step and Stunt', diharap kejohanan ini akan berlangsung dengan jayanya dan menjadi kebanggaan kepada semua atlit, guru dan juga MARA.


Logo Kejohanan


 Atlet MRSM Langkawi menjalani latihan di Kompleks Sukan LADA, Langkawi

 Atlet-atlet MRSM Langkawi

 Helpers membuat persediaan terakhir di Stadium Kompleks Sukan LADA

 Antara helpers yang sanggup mengorbankan masa cuti demi maktab...tahniah!

Guru dan staf membuat persediaan tempat

Go Helpers!!

See you next time! Do read the older posts and follow!