ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011 - MRSM Langkawi

Dengan Tema " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" , sambutan Hari Guru di MRSM Langkawi tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun lepas. Disebabkan kekangan minggu peperiksaan, kelab guru (KAGUM) telah berkoliberasi dengan Badan Wakil Pelajar (BWP) untuk mengadakan acara sukan dan permainan secara santai dengan para pelajar. Program yang telah dirancang mendapat sambutan hangat dari para pelajar dan juga para guru yang diraikan. Tidak lupa kepada warga staf MRSM Langkawi yang turut memeriahkan acara.
Bermula dengan permainan traditional di Dewan Besar MRSM, pelajar dan guru bergabung tenaga sebagai satu pasukan untuk memenangi acara Galah Panjang dan juga Gelong. Sementara dalam acara Dam Aji, Congkak dan Batu Seremban, pelajar dan guru bertanding sesama mereka bagi merebut status sebagai juara.
Pada sebelah petang pula diadakan perlawanan bolasepak antara guru/staf dan juga pelajar. Pastinya kemenangan berpihak kepada guru/staf dengan keputusan 3-2. Permainan diteruskan kesebelah malam dalam acara badminton beregu dengan mengabungkan guru/staf dan pelajar. Walaupun tamat agak lewat iaitu pada jam 11.30 malam, keseronokan dan kegembiraan terpancar di wajah setiap peserta dan juga penonton yang sama-sama memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Harapan kami warga guru, semoga apa yang dilakukan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan para pelajar dan seterusnya menerbitkan perasaan hormat pelajar kepada warga guru/staf MRSM Langkawi. Terima kasih kepada semua pelajar yang turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru 2011 dan tidak lupa terima kasih atas hadiah yang diberikan. Ingatlah wahai para pelajar yang disayangi semua, Hadiah terhebat untuk para guru adalah kejayaan yang ditunjukkan dalam peperiksaan dan juga jati diri yang tinggi sebagai seorang insan.
Selamat berjaya kepada semua pelajar dalam menduduki peperiksaan Semester 1, 2011 bermula 15 Mei hingga 26 Mei 2011. Do your best and you will get the best!!
See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment