ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, May 17, 2011

Karnival Sukan Guru dan Staf MRSM Langkawi 2011

Alhamdullilah...untuk tahun ke-3 berturut-turut acara sukan yang menemukan guru dan staf MRSM Langkawi ini berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang hebat dari warga MRSM Langkawi. Untuk tahun ini, karnival tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Kakitangan MRSM Langkawi (KETARA) dan melibatkan 28 acara bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Karnival bermula pada 2 Mei 2011 dengan acara petanque dan badminton dan berakhir pada 15 Mei 2011 dengan acara penutup iaitu Tarik Tali. Sepanjang tempoh karnival, para guru dan staf telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi bagi menjayakannya. Walaupun kadangkala terpaksa bersengkang mata hingga larut malam hanya untuk memastikan pasukan masing-masing berjaya dalam acara yang ditandingi.
   
 Tahniah kepada kelab KAGUM (Kelab Guru) dan kelab KETARA kerana berjaya menyatukan warga MRSM Langkawi melalui acara sukan yang dipertandingkan. Untuk kali pertamanya sejak Karnival ini dianjurkan 2 tahun lepas, Kelab KETARA berjaya menewaskan kelab KAGUM untuk muncul sebagai Johan Keseluruhan dengan memenangi 16 dari 28 acara yang dipertandingkan. Pastinya tahun depan kelab KAGUM akan tampil dengan visi dan misi yang lebih jitu bagi memastikan piala yang terlepas akan dapat dimiliki semula.
Berikut merupakan ringkasan senarai pemenang dalam setiap acara :

1. Petanque : Lelaki - KAGUM
                      Perempuan - KETARA

2. Badminton : Lelaki - KAGUM
                        Perempuan - KETARA

3. Dart : Lelaki - KETARA
              Perempuan - KETARA

4. Catur (terbuka) - KETARA

5. Dam Aji : Lelaki - KETARA
                     Perempuan - KAGUM

6. Congkak : Lelaki - KAGUM
                     Perempuan - KETARA

7. Sudoku : Lelaki - KETARA
                   Perempuan - KETARA

8. Karom : Lelaki - KAGUM
                  Perempuan - KAGUM

9. Futsal : Lelaki - KAGUM
                 Perempuan - KETARA

10. Bola Tampar : Lelaki - KAGUM
                              Perempuan - KETARA

11. PingPong : Lelaki - KAGUM
                         Perempuan - KAGUM

12. Takraw : Lelaki - KETARA

13. Bowling : Lelaki - KAGUM
                      Perempuan - KETARA

14. Bolasepak  - KETARA

15. Bola Jaring  - KETARA

16. Tariktali : Lelaki - KAGUM
                       Perempuan - KETARA

JUARA KESELURUHAN - KELAB KETARA
See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment