ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Monday, August 6, 2012

Ceramah Nuzul Qur'an

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, pelbagai program kerohanian telah danjurkan oleh MRSM Langkawi untuk para pelajar dan juga seluruh warga maktab. Selain daripada Soalt Terawikh, warga maktab bersama para pelajar juga mengadakan Tadarus Al-Quran di dalam kumpulan masing-masing. Tidak ketinggalan Qiamulail turut diadakan.

Pada hari Jumaat 3 Ogos telah diadakan ceramah Nuzul Qur'an di dewan besar MRSM Langkawi. Majlis bermula dengan solat Isya' dan Solat Terawikh secara berjemaah dan di imamkan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Helmi bin Ahmad Zohdi dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi.

Selepas solat Witir, beliau telah menyampaikan ceramah dengan tajuk "Penghayatan Nuzul Qur'an". Dengan gaya penyampaian yang menghiburkan, program yang dihadiri oleh guru, staf dan semua pelajar MRSM Langkawi itu dirasakan berlalu dengan sangat pantas.

Tahniah kepada penganjur program dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.






See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment