ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Sunday, September 11, 2011

Sambutan Hari Raya MRSM Langkawi 2011


Walaupun dah hampir 2 minggu masuk bulan Syawal...tapi mood raya masih tak hilang lagi. Pada Khamis 8 September, Maktab telah mengadakan Majlis sambutan hari raya untuk semua warga MRSM Langkawi. Jam 7.45 pagi, seekor lembu telah ditumbangkan di Taman Mohabbatein. Kesian kat Cikgu Syahid dan Cikgu Lutfi...berlumur dengan taik lembu...dugaan..:)

  

Meriah sungguh acara melapah dan memotong daging lembu...hampir semua guru dan staf terlibat. Tahniah kepada semua warga MRSM Langkawi kerana masih mengekalkan semangat kerjasama dan gotong royong. Tidak lupa kepada para pelajar yang turut membantu. Dari proses memotong hingga memasak, semua saling berganding bahu dengan senda gurau dan gelak ketawa...sangat ceria!

 
Pada jam 10.30 pagi semua pelajar berkumpul di Dewan Besar MRSM Langkawi dengan ucapan HariRaya disampaikan oleh Pengetua MRSM Langkawi, En. Shabani bin Ahmad. Sambil menjamu selera bermenukan daging gulai/ soup/rendang/lemang/tapai/kuih raya...semua warga MRSM Langkawi dihiburkan oleh rangkaian persembahan dari para pelajar. Pastinya acara sambutan ini merupakan satu kejayaan kepada semua...


See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment