ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, September 13, 2011

Kem Kepimpinan Pelajar 2011

Kem Kepimpinan Pelajar selama 3 hari 2 malam telah diadakan di Akademi Koreksional Langkawi dari 8 September hingga 10 September 2011. Mengabungkan semua 80 orang bakal-bakal pemimpin yang terdiri dari Badan Wakil Pelajar (BWP), Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pengawas Pusat Sumber (PPSP). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh program untuk mengilap bakat kepimpinan dan menanam semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab ke dalam jiwa setiap pelajar.
Kursus yang diadakan pada setiap tahun ini telah dirancang dengan teliti dengan slot-slot yang khusus diserahkan kepada guru-guru yang berkelayakan. Dalam masa yang sama aktiviti yang dijalankan tidak terlalu membebankan tetapi tidak mengabaikan tujuan utama kem bagi mencungkil potensi dan bakat kepimpinan setiap pelajar.






Terima kasih dan tahniah kepada semua fasilitator dan AJK yang telah menjayakan program tersebut.



See you next time! Do read the older posts and follow!

No comments:

Post a Comment