ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Monday, September 3, 2012

Pelancaran Gempur PMR SPM 2012

Majlis pelancaran Gempur PMR dan  SPM 2012 telah berlangsung pada 28 Ogos 2012 dan dirasmikan oleh En. Jamil Fathi bin Jamaluddin iaitu bekas pelajar MRSM Langkawi sendiri. Beliau yang kini bertugas di bank Negara merupakan bekas Presiden Lembaga Disiplin Pelajar dan juga Timbalan Presiden Badan Wakli Pelajar bagi sesi 2000/2001.

Gempur PMR dan SPM bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tingkatan 3 dan 5 akan masa yang semakin suntuk dan juga sebagai pemangkin pembakar semangat pelajar untuk terus berjuang dan berusaha bagi memastikan matlamat mendapat 100 A dalam PMR dan 100 A+ dalam SPM dapat dicapai.

En. Jamil telah memberi ucapan yang amat bermakna dan dapat memberi motivasi kepada para pelajar yang boleh dianggap sebagai 'adik-adik' beliau sendiri. Kesanggupan beliau mengembalikan semula sumbangan maktab atas kesudian beliau merasmikan majlis Gempur ini turut mengambarkan penghargaan beliau kepada maktab yang telah menjadi landasan untuk beliau mengorak langkah kejayaan di dalam kehidupan.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis Gempur PMR dan SPM 2012.











See you next time! Do read the older posts and follow!

SPM Trial Exam 2012

Bermula hari ini...semua pelajar tingkatan 5 MRSM seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. Selama hampir 3 minggu sehingga 19 Sept...pelajar-pelajar tingkatan 5 MRSM Langkawi akan turut sama berjuang untuk mendapat keputusan terbaik di dalam Trial SPM ini.

Dengan program-program yang telah disusun sebelum ini, diharap semua maresmawian akan dapat memberi yang terbaik dalam menjawab setiap kertas peperiksaan. Walaupun ianya tidak sepenting peperiksaan sebenar namun keputusan yang diperolehi nanti akan dapat memberi gambaran arah tuju setiap pelajar apabila menduduki peperiksaan SPM sebenar pada bulan nov/dis nanti.

Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka dan semoga Allah mempermudahkan mereka dalam menjawab setiap soalan...aminn!








See you next time! Do read the older posts and follow!