ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, August 7, 2012

Lawatan ke Taman Burung Langkawi

Semalam seramai 75 orang pelajar MRSM Langkawi yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan selaras 3 telah dibawa melawat  Taman Burung Langkawi sebagai 'Hadiah' kerana mendapat keputusan PNG 3.75 dan ke atas. Lawatan bermula jam 3.15 pm dan berakhir pada jam 5.00 pm.

Para pelajar cukup seronok dengan insentif yang diberikan sebagai penghargaan atas usaha mereka dalam pelajaran dan dalam masa yang sama sebagai faktor dorongan kepada yang kurang berjaya untuk memperbaiki pencapaian mereka.











See you next time! Do read the older posts and follow!

Trial PMR 2012

Hari ini bermulalah peperiksaan Percubaan PMR untuk semua pelajar tingkatan 3 di MRSM seluruh Malaysia. Walaupun bukan peperiksaan sebenar namun debaran cukup mengujakan. Harapannya pelajar-pelajar tingkatan 3 MRSM Langkawi dapat memberikan yang terbaik sepanjang peperiksaan dari 7 hingga 13 Ogos ini. Semoga bulan Ramadhan membawa keberkatan kepada mereka dan mampu menjawab setiap kertas tanpa sebarang masalah. Amin.............









See you next time! Do read the older posts and follow!

3rd MRSM Ideapreneur Innovation Program


First ever "end-to-end" innovation program for the secondary education community in this region. More than 27,000 students have been trained. The program that produces over 2000 innovative ideas yearly combine with community services.

This year, Innovative nationwide fund rising program for the MERCY MALAYSIA SOMALIA cause by MRSM. The final competition of the MICE Program will be held in conjunction of the Kuala Lumpur International Forum 2012at KLCC Convention Centre.

-Anugerah Inovasi Perdana 2012 will be done by The prime Minister Dato Seri Najib bin Abdul Razak on the 8th Nov 2012










See you next time! Do read the older posts and follow!

Monday, August 6, 2012

Ceramah Nuzul Qur'an

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, pelbagai program kerohanian telah danjurkan oleh MRSM Langkawi untuk para pelajar dan juga seluruh warga maktab. Selain daripada Soalt Terawikh, warga maktab bersama para pelajar juga mengadakan Tadarus Al-Quran di dalam kumpulan masing-masing. Tidak ketinggalan Qiamulail turut diadakan.

Pada hari Jumaat 3 Ogos telah diadakan ceramah Nuzul Qur'an di dewan besar MRSM Langkawi. Majlis bermula dengan solat Isya' dan Solat Terawikh secara berjemaah dan di imamkan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Helmi bin Ahmad Zohdi dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi.

Selepas solat Witir, beliau telah menyampaikan ceramah dengan tajuk "Penghayatan Nuzul Qur'an". Dengan gaya penyampaian yang menghiburkan, program yang dihadiri oleh guru, staf dan semua pelajar MRSM Langkawi itu dirasakan berlalu dengan sangat pantas.

Tahniah kepada penganjur program dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.






See you next time! Do read the older posts and follow!

Keputusan Pilihanraya BWP 2012

Akhirnya...keputusan telah diketahui. Pilihanraya yang dijalankan pada 19 Julai mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari semua pelajar. Guru-guru turut sama mengundi calon masing-masing. Menakjubkan apabila calon yang mendapat undian tertinggi adalah calon puteri! Tapi jika difikirkan semula, sememangnya pelajar puteri lebih ramai dari pelajar putera.
Apa yang diharapkan, ahli-ahli BWP sesi 2012/2013 akan dapat membantu menjayakan wawasan maktab disamping membentuk jatidiri menjadi individu yang berdisiplin dan berkarisma. Dari sudut pelajar pula, semua pelajar mengharap BWP yang baru akan memperjuangkan masalah mereka untuk menjadikan kehidupan mereka di MRSM Langkawi lebih bermakna dan menyeronokkan. Apa yang pasti, semua warga maktab perlu memberi peluang kepada BWP yang baru untuk menunjukkan bakat dan kemampuan masing-masing.

Selamat Bertugas....




See you next time! Do read the older posts and follow!