ATTENTION : Now you're in MARA Junior Science College Langkawi's Official Blog! Are you ready to pack your things and check your flight tickets because this is the journey of the fantasy that you'll never see in your entire life!

Tuesday, July 24, 2012

Pilihanraya Badan Wakil Pelajar





Meriah...itu yang boleh dikatakan berkaitan demam pilihanraya BWP 2012. Selepas sesi temuduga pada Hari Khamis, 19 Julai, seramai 30 orang pelajar telah layak untuk bertanding dalam merebut 15 jawatan di dalam Badan Wakil Pelajar MRSM Langkawi. Di sana-sini dapat dilihat poster calon-calon yang bertanding dengan motto masing-masing. Ini lah peluang terbaik kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat kepimpinan masing-masing.

Apa yang diharapkan, semasa perbentangan manifesto nanti, calon akan dapat memberikan idea yang bernas dan mampu dicapai bagi meraih undi, bukannya menjanjikan bulan dan bintang untuk dipilih. Harap-harap tiada lagi calon popular disebabkan jaringan rakan yang ramai, tapi popular kerana mampu memberi kepimpinan yang sebenar kepada para pelajar semua.

Pilihanraya dijangka akan dijalankan pada Ahad 29 Julai 2012.  Jadi dengan masa yang ada ini, pasti menyeronokkan melihat gelagat setiap calon untuk meraih undi.

Selamat berjaya kepada semua...!!

  

  


 



 
    

See you next time! Do read the older posts and follow!